Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Dah Bubar! Gunakan hak kita untuk tolak politik kebencian


Gendang sudah dipalu, siapakah yang bakal menjadi pilihan anda? Transformasi Najib atau Reformasi Anwar? Pilihanraya ni keluarlah mengundi, gunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia. Transformasi Najib telah terbukti berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil dan melonjak ekonomi, sedangkan Reformasi Anwar hanya membawa kepada politik jalanan yang ganas, mengajar rakyat untuk kurang hajar, budaya politik membenci dan perpecahan. Ya, gunakan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk MENOLAK terus mereka ini daripada kancah politik Malaysia!!!

Tok cuma nak pesan satu, hargai nikmat selagi ia masih ada dengan kita, jangan esok hilang segalanya baru kita nak menyesali kesilapan kita. Meh Tok cite skit, apa yang kita ada hari ini sejak dari zaman awal kemerdekaan kita? berbanggakah kita dengan Malaysia yang kita cintai ini? ramai pelancong yang datang ke negara kita ini untuk melihat keindahan alam semulajadi, keramahan penduduk yang hidup dalam harmoni, mengamalkan kehidupan dan kebudayaan yang berbeza namun mampu hidup bersama, malah menyambut perayaan bersama2, makan makanan yang berbeza2 bersama2, kebudayaan yang berbeza, sekolah bersama2, belajar bersama, tanpa ada rasa takut dan prejudis antara satu sama lain. 

Mahukah kita hilang semua ini? Kenapa perlu kita menyokong reformasi ini? apakah faedah kepada kita semua? mereka dalam proses berjanji sahaja, tetapi Transformasi Najib sedang dalam proses melaksanakan janji. Jadi kenapa kita harus percaya kepada sesuatu yang tidak pasti sedangkan kita sudah berada di landasan yang benar. 



Jika anda sayangkan negara dan segala yang kita ada pada hari ini, undilah tidak lain dan tidak bukan, BARISAN NASIONAL DIHATIKU.


#BNBagus 
#BetterNation
#UndiBN
#JanjiDitepati
#AnakMudaBersamaBN

Komen