Wednesday 17 October 2012

KEBETULAN ATAU SEALIRAN !!!! BAGAIMANA DENGAN 'YELLOW DEMONSTRATION' ?


1. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'BERDARAH' DI MADINAH pada masa pemerentahan Khalifah Islam yang Ke-3, Khalifah Uthman Ibn Affan r.a yang akhirnya membawa kepada PEMBUNUHAN Pemerintah Kerajaan Islam .
 2. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'buruh' 'BOLSHEVIK' ('BOLSHEVIK REVOLUTION") yang akhirnya memabawa kepada Pemubunuhan Pemerintah Kerajaan Russia -Tsar Nicholas II dan seluruh keluarganya serta berakhirnya pemerentahan beraja di Rusia dalam tahun 1915-1917
3. HIMPUNAN DEMONSTARSI 'VELVET' atau 'COLOR' ("Color Revolution") yang digerakkan oleh 'Kumpulan' "CHARTER 77 di CHECHOSLAVAKIA yang berjaya menumbangkan PEMERINTAHAN KOMUNISMA (Rejim) dalam tahun 1989
4. HIMPUNAN DEMONSTRASI "ROSE" ('Rose Revolution') yang berjaya memaksa Presiden Georgia, Eduard Shevardnadze meletak jawatan dalam tahun 2003
5. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'ORANGE' (ORANGE REVOLUTION) yang berjaya menumbangkan Pemerintahan UKRAINE dalam tahun 2005.
6. HIMPUNAN DEMONSTARASI 'TULIP' ('TULIP REVOLUTION') yang berjaya menumbangkan Presiden Republik Krgyztan.

Kesemuanya digerak dan dinayalakan oleh YAHUDI. Kaedahnya - 
(i) Menyediakan dana 
(ii) Menyalurkan dana dan pusat-pusat 'pentarbiyyahan' (training),
 (iii) Menubuh dan mengerak serta mengunaka Platform-Platform Pertubuhan NGOs 
(iv) Mengerakkan berpuluh-puloh ribu penyertaan manusia/rakyat didalam himpunan tersebut dengan bergerak dijalanraya ('massive street rallies involving ,sometimes, 100 thousand demonstrators") dan/atau menguasai suatu tempat strategik (Sit-ins and general strikes) 
(v) mengerakkan tenaga-tenaga manusia 'professionals' (Lawyer dll) untuk mempertikai kaedah-kaedah suatu keputusan Kerajaan dibuat, kaedah-kaedah pilihanraya dijalankan, menyebarkan luaskan amalan rasuah dan kroni dikalangan pemerentah , pemalsuan piliharaya sebelum ianya dijalankan 
(vi) Menguasai MEDIA-MEDIA laternatif bagi 'mengemparkan lagi ("amplifying") tuduhan salah guna kuasa, kronism, rasuah, pemalsuan dll.

Dengan duit, segalanya mungkin !!! US$100 million telah dibelanjakan dalam tempoh masa 1991-2000 oleh George Soros bagi menumbangkan Kerajaan YUGOSLAVIA . US$ 42 million dibelanjakan untuk menjatuhkan Kerajaan Georgia dalam tahun 2003.

Lihat HIMPUNAN BERSIH !!!
(i) Ya, 'massive street rallies' melibatkan berpuluh-puluh ribu orang manusia berbaju Kuning.
(ii) Ya, menguasai jalanraya utama dan menguasai tempat2 strategik.
(iii) Ya, terdapat tenaga Professioal terlibat.
(iv) Ya, terdapat malah secara berulang kali menyebarkan tuduhan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan kronism dipihak Kerajaan.
(v) Ya, terdapat Media Maya bagi 'menambahkan lagi kesan impak' kepada tuduhan-tuduhan/dakwaan negatif keatas Kerajaan.
(vi) Ya, terdapat 'pertubuhan-perubuhan NGOs ditubuh, diaktif dan digerakkan.
(vii) Bagaimana dengan sumber dana ($$) ????? Tak kan hanya memerlukan RM100,000.00 bagi menyedikan baju kuning, poster, pengangkutan bagi mengerakkan penyertaan dari seluruh Negara........... terlalu banyak bagi seorang warganegara BERSIH untuk mengeluarkan jika tidak dari sumber -sumber ........... osssss !!!

'HIMPUNAN BERSIH' sudah cukup untuk menimbulkan satu 'KETERANGAN' YANG CUKUP untuk 'melahirkan' suatu Kesimpulan bahawa 'Penganjur BERSIH' mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Penganjur HIMPUNAN2 'Velvet' , 'Rose' , 'Orange' dan juga 'Tulip'
Sanggupkah kita gadaikan masa depan anak-anak kita kelak? Fikirkan...

Thursday 10 May 2012

Demonstrasi BERSIH Memang Bertujuan Menghancurkan Keamanan Negara

Ura-ura penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 mahu mengadakan satu lagi demonstrasi sama yang dinamakan BERSIH 4.0 menonjolkan hasrat sebenar mereka yang mahu merampas kuasa melalui kuasa jalanan sekaligus menafikan hak majoriti senyap yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman hilang entah ke mana, yang sebenarnya wujud ialah demonstrasi jalanan hingga mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan nyawa rakyat. Sekarang masih pula berani berangan untuk sekali lagi membahayakan nyawa khalayak dan menggadaikan kedamaian negara.

Alasan konon tuntutan mereka tidak diendah oleh SPR sebagai punca perancangan BERSIH 4.0 mahu diadakan juga bukanlah satu penyataan yang kukuh kerana umum sudah sedia maklum SPR malah kerajaan sendiri telah memberi ruang secukupnya termasuklah memberi pertimbangan untuk perlaksanaan 7 dari 8 tuntutan mereka.

Lebih dari itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang telah mengusulkan 22 saranan untuk dikaji oleh SPR bagi tujuan penambahbaikan proses pilihanraya. Di mana logik dakwaan kononnya kerajaan tidak melayan atau sengaja mengabaikan tuntutan mereka?

Walhal sepatutnya dari segi perundangan, pihak kerajaan dan SPR berhak untuk mengtongsampahkan saja tuntutan mereka disebabkan NGO BERSIH itu sendiri bergerak atas platform yang tidak berdaftar.

Bergerak secara haram itu satu hal, NGO-NGO yang menganggotai BERSIH pula sebahagian besarnya hanya sekadar nama atas kertas dengan keahlian beberapa orang sahaja. Buktinya, 60 dari 81 NGO tersebut langsung tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Adakah layak seorang yang tidak memiliki lesen memandu yang sah mahu menunjuk ajar orang lain yang bertahun-tahun berpengalaman sebagai pemandu berlesen? Samalah dengan BERSIH, bergerak secara haram kemudian mahu tunjuk lagak seolah-olah hebat hingga mahu mengajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Sudahlah begitu, bila kerajaan berlembut dan memberi ruang kepada mereka bersuara, lagaknya hingga naik atas kepala. Baik Ambiga, A.Samad Said mahupun penyokong mereka yang terdiri dari anggota pembangkang terlampau gemar bertindak melampau batas sebagaimana terbukti semasa demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April lepas.

Sejak dari awal lagi kerajaan telah menetapkan tiada perhimpunan dibenarkan di Dataran Merdeka kerana ianya hanya untuk kegunaan acara rasmi peringkat nasional sahaja, namun BERSIH 3.0 sebagai NGO yang bergerak secara haram tetap berdegil mahu menunjukkan kekuatan mereka hingga melanggar perintah mahkamah.

Adakah selepas selesainya demonstrasi BERSIH 3.0 ianya memberi kepuasan dan keadilan kepada semua pihak? Tentu saja tidak. Yang ada ialah kesan keganasan yang berlaku dan propaganda pembangkang yang memperbesarkan angka dan nombor konon kehadiran peserta mencecah 300,000 orang walau sebenarnya 15,000 pun tak lepas.

Gara-gara keganasan peserta BERSIH 3.0 berbelas anggota keselamatan cedera, para peniaga kerugian, harta benda awam rosak dan DBKL pula terpaksa menanggung kos tambahan untuk operasi pembersihan sampah sarap yang bersepah selepas demonstrasi tersebut.

Sebenarnya, apa sahaja gerak tari NGO BERSIH hanyalah mengikut skrip pembangkang yang mahukan demonstrasi tersebut dijadikan tanda aras kononnya menyamai kebangkitan rakyat di Timur Tengah dan Afrika. Ya, itulah hakikat sebenar - menghasut rakyat mengikut jejak langkah bantahan jalanan seperti di negara Arab.

Wednesday 9 May 2012

Kasih Insan Bernama Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa

Monday 7 May 2012

BERSIH 3.0 : Media Barat tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim

Menurut media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.  

Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat.  Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara.  

Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka.   Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku.  Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis.   Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.  

Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri.  

Justeru, kita tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya.

Malah, lebih teruk, rakan-rakan Anwar Ibrahim, iaitu media-media barat yang dijemputnya juga tidak mampu membantunya menipu untuk menyatakan BERSIH 3.0 yang gagal itu, sebagai berjaya.

Majalah The Economis menulis bahawa ‘bintang’ Anwar semakin pudar setelah peranannya sebagai pencetus keganasan dalam BERSIH 3.0 dipersoal.   Majalah itu juga menyatakan bahawa Anwar perlu membuat penjelasan mengenai isyarat tangannya yang diterjemah sebagai arahan untuk merempuh halangan polis.

Malah dalam sidang media PKR kemudiannya, Anwar juga dituduh sebagai membahayakan nyawa peserta sekali gus memperjudikan matlamat BERSIH. 

Lalu, The Economist juga mempersoalkan apakah seorang yang sanggup mengambil-alih sebuah perhimpunan aman untuk ditukar menjadi perhimpunan ganas wajar diangkat menjadi pemimpin kepada 28 juta rakyat?

Artikel negatif mengenai Anwar yang disiarkan oleh media barat bolehlah dianggap sebagai luar-biasa kerana selama ini majoriti mereka termasuk Jurusalem Post juga sering memuji-mujinya hatta menobatkannya sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang layak memimpin bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.

Pastinya, kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya.

Atas hakikat ini, maka laungan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menyatakan ia  berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka.

Kita tahu, mereka malu dan sebagai politikus yang ego, takbur dan riak belaka, mereka tidak mampu menerima kekalahan dengan baik.  Kerana itu, mereka melaungkan BERSIH 4.0 sekadar untuk menutup malu.

Pokoknya di sini, para pemimpin pembangkang langsung tidak kisah merisikokan nyawa dan nasib penyokong mereka sekali lagi dan mungkin berkali-kali lagi selepas ini.  Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk menutup malu!

Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan.  Sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menikmati hidup senang lenang dan aman tenteram tanpa apa-apa ancaman. 

Langgar Penghadang Polis Bukan Langgar Perintah Mahkamah?

PEMBANGKANG yang jadi dalang kepada rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April cuba macam-macam cara untuk tidak kelihatan tidak bersalah dalam isu rusuhan yang tercetus.  Antaranya guna Majlis Peguam, pemantau dari luar dan beberapa pihak lain yang diketahui condong kepada politik mereka.

 
Terbaru Pakatan Rakyat menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan, untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.

 
Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri, Datuk Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.

 
Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.

 
Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan pembangkang, tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri, yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.

 
Penulis nak sebutkan disini, tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan.  Kalau tak percaya, cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan, dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu?  Kalau ditembak jangan salahkan penulis.

 
Tapi isunya, macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang.  Ya, walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang?

 
Semua orang tahu ini, termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya.  Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah, bukan peguam.

 
Dalam masa yang sama, lihatlah bagaimana Majlis Peguam ini sudah semakin rosak dikerjakan oleh pembangkang.  Kalau Majlis Peguam ini diumpamakan seperti almari, nescaya dah banyaklah bahagian almari tersebut yang berlubang dimakan anai-anai.

 
Sesuatu perlu dirancang dan dibuat dari sekarang untuk membebaskan profesion guaman ini dari pengaruh politik sehingga mengatasi undang-undang.  Atau di masa hadapan, kita akan melihat sistem perundangan negara kita runtuh dek kerana keputusan yang banyak dipengaruhi politik pihak-pihak tertentu.


Tak tahu lepas itu siapa nak percayakan undang-undang lagi dah.

The Economist anggap reputasi Najib tidak rosak akibat Bersih 3.0

PERHIMPUNAN Bersih telah dengan cepat meletakkan kedudukannya sebagai sesuatu yang ritual dalam kalendar politik Malaysia.

Skripnya adalah seperti ini: beribu-ribu penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya; kerajaan yang gelabah dan pemimpin protes menghabiskan masa berhari-hari bagi tawar-menawar tempat yang lebih sesuai.

Protes diteruskan dengan mengingkari arahan polis; keganasan terjadi, beratus-ratus orang ditangkap; kerajaan mengeluarkan beberapa permohonan maaf; semua orang balik ke rumah.

Cuma yang berbeza adalah kesan politiknya. Tahun lepas, ia adalah besar - tahun ini barangkali sangat kecil.

Bersih bermaksud 'bersih' dalam bahasa Melayu dan pergerakan Bersih terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi hak sivil yang mahu sistem pilihan raya dibersihkan bagi membolehkan semua parti mendapat peluang yang saksama untuk memenangi pilihan raya.

Pada masa ini ramai mendakwa sistem pilihan raya telah dimanipulasi dengan banyaknya supaya memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa secara berterusan sejak negara ini mencapai kemerdekaan daripada Britain bermula pada 1957.

Oleh itu, Bersih tidak dapat dipisahkan daripada matlamat perjuangan pembangkang, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April pastinya telah menarik lebih ramai orang berbanding perhimpunan tahun lepas, mungkin seramai 80,000 orang (walaupun polis meletakkan angka separuh daripada jumlah itu).

Dalam keadaan hampir pasti pilihan raya umum akan diadakan pada bulan-bulan akan datang, minat yang tinggi tidaklah mengejutkan.

Tetapi jika dibuat perbandingan, perhimpunan tahun lalu yang bilangan penunjuk perasaan adalah kecil, lebih mencapai kesan politik yang hebat.

Pada masa itu, kerajaan Najib Tun Razak tidak mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik.

Beribu-ribu polis antirusuhan telah dirakam oleh kamera video dan telefon pintar memukul penunjuk perasaan yang tidak bersenjata untuk menyuraikan mereka.

Meriam air telah ditembak ke hospital dan lebih daripada 1,600 orang telah ditangkap. Penggunaan keganasan itu sangat memalukan kerajaan, sekali gus mengesahkan gambaran dalam fikiran ramai orang bahawa Perdana Menteri sememangnya menindas bagi kalangan nasionalisme Melayu dan bukannya seorang liberal reformasi seperti yang beliau dakwa.

Akibat disengat oleh kritikan meluas di media antarabangsa, kerajaan Najib terpaksa memohon maaf terhadap banyak tingkah lakunya.

Kemudiannya, ia memansuhkan banyak undang-undang lapuk dan menindas bagi memenangi semula pengiktirafan reformasinya.

Satu jawatankuasa Parlimen juga telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan bagi reformasi sistem pilihan raya. Ini semua, kemenangan jelas kepada Bersih.

Tahun ini adalah lebih kepada skor seri. Sudah tentu, pada akhir perhimpunan tersebut terdapat satu lagi letusan keganasan dan polis sekali lagi dilihat menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan.

Mereka menangkap lebih daripada 400 orang daripada peserta perhimpunan. Sekali lagi terdapat laporan kekejaman polis dan sekali lagi Perdana Menteri perlu membuat penjelasan.

Kali ini Najib merasakan terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada seorang wartawan tempatan yang telah dipukul oleh polis (dia adalah salah seorang daripada beberapa orang yang dipukul).

Sekali lagi, adegan buruk ini tidak dapat memperkukuhkan dakwaan Najib untuk menjadi pemimpin berfikiran reformasi yang berbeza.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat masalah di sebelah Bersih juga. Beberapa penunjuk perasaan telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis dan kira-kira 20 pegawai polis cedera.

Kejadian ini sudah tentu digunakan oleh kerajaan dan membolehkan Najib mendakwa "pihak polis menjadi mangsa. Mereka menjadi sasaran dan telah dipukul."

Pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan, mengakui bahawa sesetengah orang akan berfikir bahawa "matlamat perhimpunan tersebut telah tersasar" kerana kelakuan tidak terkawal beberapa penunjuk perasaan.

Keganasan yang berlaku mungkin sedikit telah mencemarkan pergerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik. Dan Anwar juga perlu menjelaskan perbuatannya.

Dia dirakam kamera video berada berhampiran sekatan polis sedang bercakap dengan salah seorang rakannya; pengkritik mendakwa bahawa dia telah menghasut penyokong untuk mengetepikan halangan. Anwar sendiri berkata ini adalah karut.

Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Bersih tidak akan dapat menguasai asas moral yang tinggi - seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas.

Kempen untuk reformasi sistem pilihan raya akan berterusan, tetapi Najib muncul daripada pergaduhan tahun ini dengan pengiktirafan reformis beliau yang terus utuh, yang tidak tersangat buruk untuk diguna pakai.

Petikan: Utusan Malaysia

Pertikai Fatwa: PAS Hina Ulama

Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid.  Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan.

Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka.   Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.    

Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam.  Antaranya, ialah ‘Undi PAS Masuk Syurga’, ‘Undi UMNO jadi kafir’ dan bermacam-macam lagi.  Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal.

Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.  

Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa  ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH.  Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama.

Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri.  Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi.

Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang.  Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan “Tumbangkan Kerajaan!” “Jatuh BN!” dan “Mampus PM!” oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah. 

Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk “Duduk Bantah”.  

Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak ‘haramnya’ BERSIH 3.0 di sisi Islam.

Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman?  Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi?  Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah?

PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, “jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?”   Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu.

Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata.  Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya.

PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam.   Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini.  Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz.  Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi.

Saturday 5 May 2012

Di manakah keganasan polis? Apakah yang sebenarnya terjadi?


Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.


Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.


Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.


NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.


Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.


Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.


Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita. 


Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?


Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?


Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis  terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel. 











Rasionalkah Bersih 3.0?


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang telah diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
-
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.  

Reformasikan Undi Pos

-
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini. 

Gunakan Dakwat Kekal
-
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

-
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

-
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.  
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat. 
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM. 
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0. 
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka. 
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April yang lepas? 
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.    
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas. 
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. 

Komen