Friday 27 April 2012

Pertahankan Keamanan Kita Hari Ini

JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA!!!
 
 
JANGAN GADAIKAN MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA KEPADA MUSUH KITA YANG NYATA! MEREKA HANYA MEMPERGUNAKAN ANDA SEMUA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA & PERANCANGAN JAHAT MEREKA. PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA & KEAMANAN YANG KITA KECAPI HARI INI. SEKALI MEREKA DAPAT MENGUASAI NEGARA INI, TIDAK AKAN ADA LAGI PELUANG KEDUA UNTUK KITA. MEREKA TIDAK AKAN PUAS SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT MENGUASAI NEGARA INI. 
LIHATLAH APA YANG TELAH TERJADI KEPADA NEGARA LAIN APABILA KEDAULATAN NEGARA MEREKA DICEMARI. MEREKA MEMPERALATKAN RAKYAT NEGARA ITU SENDIRI UNTUK MENGUASAI NEGARA ITU SECARA HALUS! JANGAN KITA TERPEDAYA WAHAI BANGSAKU. MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA MEMPERBETULKAN KEADAAN! HENTIKAN SOKONGAN ANDA KEPADA MEREKA!!!
 

Tuesday 10 April 2012

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012


Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di istana baru Jalan Duta.

Bangunan putih yang bercirikan 22 kubah kuning itu akan menyaksikan pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu majlis penuh istiadat dan gilang-gemilang pada 11 April ini.

Istiadat pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini telah diadakan di Istana Negara lama di Jalan Istana yang merupakan Istana yang diubahsuai daripada sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing.

Istana Negara baru di Jalan Duta bersandarkan kepada senibina berprestij, Raja berpelembagaan, dan berdiri megah sebagai antara lambang pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia.

PENUH ISTIADAT

Istiadat pertabalan yang hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang bukan sahaja bakal menjadi tumpuan rakyat jelata malah dunia.
Mengulas Balairong Seri, AR Datuk (Dr) Nik Mohamed Mahmood, Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara berkata, Balairong Seri bersama Dewan Santapan dan Surau yang terletak di Sayap Rasmi mampu menampung seramai 1,000 hadirin.

Selain itu, di luar Balairong Seri dan Dewan Santapan pula terletak bilik Menunggu Diraja di lobi utama dan ruang legar tetamu yang besar akan turut digunakan bagi majlis pertabalan itu.

Turut tidak terkecuali, bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bilik Singgahsana.

SENIBINA

Menurut Nik Mohamed, rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam.

Dibina atas tapak berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar), keseluruhan pelan bangunan utama Istana Negara menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.

"Aras utama dibahagikan kepada Sayap Rasmi dan Sayap Diraja. Aras di bawah terletaknya pula pejabat pentadbiran, dapur, stor dan ruang sokongan lain.

Berbanding istana sebelum ini yang hanya mempunyai dua kubah, istana baru mempunyai 22 kubah dengan kubah utama mencapai ketinggian 60m seiring dengan kedudukan dan darjat Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong.

Mengulas rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta, ia direka bentuk khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia.

Ia mempunyai ciri-ciri ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam.

TIGA LALUAN UTAMA

Terdapat tiga laluan utama untuk memasuki Istana Negara Jalan Duta iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta bagi kegunaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagi pintu kedua yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.

Manakala, pintu ketiga yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.

Sememangnya, tugasan melaksanakan rekaan itu bukanlah satu kerja yang mudah.
Nik Mohamed berkata, bagi melaksanakan perancangan Istana Negara yang baru ini, pihak KSSB enerima banyak panduan dan nasihat daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12.

Biarpun pernah berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur, Istana Darul Ehsan di Putrajaya, namun akui Nik Mohamed tugasan kali ini adalah paling mencabar. - BERNAMA

Thursday 5 April 2012

Kempen 21 hari punca rusuhan kaum


Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.    Sedangkan, kerajaan  telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.  

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.  Namun, seperti  juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.  Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos.  Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali. 

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini.   Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.  Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. 

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.  Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih?  Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?  

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?   

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah?   Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.  

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.   Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.  

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.  

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih. 

Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi  bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.  

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.   

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.  Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.  

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.   

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali?   Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut.  Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.   Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.     

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara.   Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….

90% Kolej Swasta akan tutup tanpa PTPTN


Saranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat.   Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?

PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.  

Menurut Anwar,  beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia.   Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.  

Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.  

Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.  

Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.  Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan.  Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.  

Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.  Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.  

Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.  

Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia.  Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun.   

Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.  Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.  

Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan.  

Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup.  Bagaimanakah dengan nasib mereka?   

Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan.   Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.  Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?  

Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.  

Ku Li calon MB Kelantan : Nik Aziz teracam



Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang
tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran
yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk
merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut
Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab
tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan
anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan
pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula
hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun
tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang
lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti
untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri
apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan
menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan
kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang
bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik
untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai
kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa
pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah
membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya
layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz
mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau
hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti
hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO
khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan
ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata
yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai
perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah
dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam
pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan
bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan
mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan
Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin
surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990
bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong
kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li
sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan
PAS di Kelantan.

Kecoh Soal Laporan Minoriti : Pembangkang nafikan demokrasi


Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara.   Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.  

Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun bertamadun.  

Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya.  Selain itu, mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.   

Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.  

Nampaknya pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan majoriti.  Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.  

Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka.  Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  

Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya membela rakyat.  Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap  pembangkang.  

Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen?  Juara hak asasi dan hak bersuara?  Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?

Sebenarnya, pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri.  Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.  

Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang.  Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus.  Untuk tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.  Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.  

Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa mereka suka.  

Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.   

Apapun, kita wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang. 

PAS tak kisah orang islam murtad



Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.
Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.
Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.
Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. 

Ijazah Palsu : Dong Zhong kantoi. PR jauhkan diri


Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.
Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.
Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.
But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)
Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.
Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.
Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.
Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras mempertahankan pendidikan kaum Cina?
Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.
Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata.

Propaganza Azizah Shamsidar

Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.  


Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan.   Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’  tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.   Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega,  mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.   


Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa.  Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya.   Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka.   Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi.   Itu hakikat.  Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.   


Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.   


Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka?  Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya? Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama. Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan.  


Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.   Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena.  Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.    


Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku.   Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.  

Published with Blogger-droid v2.0.4

Komen