Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Dah Bubar! Gunakan hak kita untuk tolak politik kebencian


Gendang sudah dipalu, siapakah yang bakal menjadi pilihan anda? Transformasi Najib atau Reformasi Anwar? Pilihanraya ni keluarlah mengundi, gunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia. Transformasi Najib telah terbukti berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil dan melonjak ekonomi, sedangkan Reformasi Anwar hanya membawa kepada politik jalanan yang ganas, mengajar rakyat untuk kurang hajar, budaya politik membenci dan perpecahan. Ya, gunakan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk MENOLAK terus mereka ini daripada kancah politik Malaysia!!!

Tok cuma nak pesan satu, hargai nikmat selagi ia masih ada dengan kita, jangan esok hilang segalanya baru kita nak menyesali kesilapan kita. Meh Tok cite skit, apa yang kita ada hari ini sejak dari zaman awal kemerdekaan kita? berbanggakah kita dengan Malaysia yang kita cintai ini? ramai pelancong yang datang ke negara kita ini untuk melihat keindahan alam semulajadi, keramahan penduduk yang hidup dalam harmoni, mengamalkan kehidupan dan kebudayaan yang berbeza namun mampu hidup bersama, malah menyambut perayaan bersama2, makan makanan yang berbeza2 bersama2, kebudayaan yang berbeza, sekolah bersama2, belajar bersama, tanpa ada rasa takut dan prejudis antara satu sama lain. 

Mahukah kita hilang semua ini? Kenapa perlu kita menyokong reformasi ini? apakah faedah kepada kita semua? mereka dalam proses berjanji sahaja, tetapi Transformasi Najib sedang dalam proses melaksanakan janji. Jadi kenapa kita harus percaya kepada sesuatu yang tidak pasti sedangkan kita sudah berada di landasan yang benar. 



Jika anda sayangkan negara dan segala yang kita ada pada hari ini, undilah tidak lain dan tidak bukan, BARISAN NASIONAL DIHATIKU.


#BNBagus 
#BetterNation
#UndiBN
#JanjiDitepati
#AnakMudaBersamaBN

Monday, 11 March 2013

PR1MA Tanda Kerajaan Barisan Nasional Prihatin

Projek PR1MA Seremban Sentral

Tahniah buat kerajaan Barisan Nasional, satu idea yang sangat baik utk rakyat Malaysia. Semoga terus menerajui kerajaan Malaysia dan impian semua utk kehidupan yang lebih baik akan tercapai. Lupakan pembangkang yang hanya tahu berjanji tapi tidak tahu penuhi. Manifesto bukan janji, u ulang i saman u. Tidak seperti mereka, kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan permintaan rakyat yang inginkan rumah mampu milik mereka sendiri.


PR1MA Seremban Sentral

Tuk tengok kat mana-mana pelancaran PR1MA ni mesti dapat sambutan punye. Fuh hebat. Rakyat yang boleh melihat dengan hati terbuka pasti akan mengakui kerajaan Barisan Nasional kita adalah kerajaan yang terbaik.

Rakyat meninjau contoh rumah PR1MA pilihan masing2

Jadi apa guna kita menunggu mereka yang hanya baru pandai berjanji dan tidak pasti sedangkan kita ada kerajaan yang terbaik untuk melaksanakan pembangunan dan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Jangan kita terpedaya dengan janji manis mereka.

 Hehehe..sampai sudah masanya untuk rakyat mengajar mereka pulak kali ni..

Untuk semua rakyat Malaysia yang ingin memohon rumah PR1MA yang sedang hangat macam pisang panas la ni (Tuk raso pun ado yo pembangkang togar diaorg yang muko selambo ikan poe mohon skali, tando setuju apo yg gomen buek tu boto) buleh layari www.pr1ma.my atau like page fb diaorg http://www.facebook.com/PR1MAHomes.



Monday, 25 February 2013

Kok iyo pun nak taksub, jangan sampai mongakkk..


Goli lak raso hati Tuk bilo jumpo daripado anak2 mudo yg taksub mempertahankan PR dalam media sosial nih. Fakta mano la yg dikutip eh ni?

Wahai Puak2 PAS, berfikir la dulu sebolum ekau org sumo cakap bedogar-dogar!!

Sebolum PAS nak cakap bosa nak menggantian UMNO, PAS kono botanding sekurang2 eh 111/222 kusi dokek parlimen. UMNO botanding 117/222 kusi parlimen.

Sebolum PAS berdogar-dogar nak koba laksanokan hudud dan Islam seponuh eh, PAS kono botanding di 150/222 kusi parlimen (2/3 = 148/222)

Kalau PAS sekadar botanding 66/222 kusi parlimen, apo yang buleh pas buek??? Nak masuk an agenda pelaksanaan Islam ke dalam manifesto bersamo PR pun tak kono bonar an dokek PKR ngan DAP. Yang paling kesian eh, bilo DAP tolak montah2 keputusan Majlis Syura PAS, PAS sendiri pun tak mampu nak potahan an eh..adui aii sodih sodih..apo yo laie ekau nak koba an? yang si Anwar/PKR tu plak bukan yo tak nak nolong atau pun sokong PAS, tapi dio pun bukan eh nyokong DAP yo doh, dio gak pelekeh an kepimpinan PAS yang buek dan terimo keputusan majlis syura tuh..ayo boto..

PAS ni umpamo peniago makanan yang tak cukup modal la nk bukak kodai makan. Jadi tepakso la nyewo gerai dokek topi restoran. Gerai eh plak cumo buleh jual satu makanan yo. Maso dio nyewo dokek gerai UMNO/BN maghin, PAS nak mintak jual segalo macam jonih makanan di restoran milik UMNO/BN tu, bilo tak dapek, tu yg meghonyam kluar kodai merajuk bukak lak gerai dokek restoran DAP/PR yang ado jual babi dll. Yg sodih eh, dek dah malu, tepakso la meniago yo walaupun kono boghi meniago mee robuih yo..

Nak nyewo dan samo2 meniago dokek restoran melayu, PAS boghi macam2 syarat, umang ai sombong eh plak ai. tapi bilo dio nyewo dokek restoran DAP (yg ado jual babi tu), PAS leh terimo yo apo segalo syarat2 eh..apo punyo jonih bangso la ni??

Nak bekojosamo ngan UMNO yg torang2 sesamo islam ni macam2 syarat diboghi eh bagai sebagai alasan utk dio nolak, tapi nak bekojosamo ngan kapir DAP, PAS sanggup terimo apo sajo, walaupun PENGHINAAN?? nak patah balik??? tak mungkin la ghaso eh doh, yo dah malu, tadi dah memacam syarat di koba eh, nyombong..patut la ado pomimpin eh kobar an sanggup makan babi mo LGE daripado makan ayam mo Najib. ossahhh gilo eh kau jang..bocakap tak makai kepalo boto..

Ontahlah, dah banyak bona potunjuk Allah SWT boghi an, cumo topulanglah kito nak menilai dan menerimo eh macam mano. Cemano garang/marah eh omak mo abah kito dokek anak2 eh ateh apo juo kosalahan dan posolisihan, walaupun anak dah lari dari umah omak mo abah eh, omak abah kito ni akan totap sayang dan mendoakan keselamatan dan kesojahtoro anak2 eh dan akan totap terimo anak2 eh walaupun anak2 eh ponah lari umah orang.

Camtu yo mo UMNO ni, cemano maghah ngan kosal eh mo tindakan dan pobuatan PAS ni, UMNO totap akan terimo PAS sebagai sedaro seagamo seislam sebangso. Den yakin pilihan den topat dan inilah parti yang tobaik kito ponah ado utk memaju an negaro kito.

Saturday, 23 February 2013

Tuk terfikir..

Dari segi keuntungan Politik.... 

BN lebih untung jika PAS kekal dengan Pakatan Rakyat buat masa kini daripada jika PAS keluar PR! ramai pengundi (melayu islam) atas pagar sekarang telah hilang keyakinan terhadap perjuangan PAS untuk islam apabila bersekongkol dengan DAP! PAS akan hilang banyak kerusi pada PRU13 nanti kerana pengundi (Melayu/islam) atas pagar amat tidak suka dengan DAP! tunggu dan lihat kalau tak percaya.... kena ingat secara purata 60+% pengundi ada lah atas pagar...ini fakta! semuga PAS kekal dgn PR sehingga selesai PRU13 dan BN akan menang besar kali ini...
 

Wednesday, 17 October 2012

KEBETULAN ATAU SEALIRAN !!!! BAGAIMANA DENGAN 'YELLOW DEMONSTRATION' ?


1. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'BERDARAH' DI MADINAH pada masa pemerentahan Khalifah Islam yang Ke-3, Khalifah Uthman Ibn Affan r.a yang akhirnya membawa kepada PEMBUNUHAN Pemerintah Kerajaan Islam .
 2. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'buruh' 'BOLSHEVIK' ('BOLSHEVIK REVOLUTION") yang akhirnya memabawa kepada Pemubunuhan Pemerintah Kerajaan Russia -Tsar Nicholas II dan seluruh keluarganya serta berakhirnya pemerentahan beraja di Rusia dalam tahun 1915-1917
3. HIMPUNAN DEMONSTARSI 'VELVET' atau 'COLOR' ("Color Revolution") yang digerakkan oleh 'Kumpulan' "CHARTER 77 di CHECHOSLAVAKIA yang berjaya menumbangkan PEMERINTAHAN KOMUNISMA (Rejim) dalam tahun 1989
4. HIMPUNAN DEMONSTRASI "ROSE" ('Rose Revolution') yang berjaya memaksa Presiden Georgia, Eduard Shevardnadze meletak jawatan dalam tahun 2003
5. HIMPUNAN DEMONSTRASI 'ORANGE' (ORANGE REVOLUTION) yang berjaya menumbangkan Pemerintahan UKRAINE dalam tahun 2005.
6. HIMPUNAN DEMONSTARASI 'TULIP' ('TULIP REVOLUTION') yang berjaya menumbangkan Presiden Republik Krgyztan.

Kesemuanya digerak dan dinayalakan oleh YAHUDI. Kaedahnya - 
(i) Menyediakan dana 
(ii) Menyalurkan dana dan pusat-pusat 'pentarbiyyahan' (training),
 (iii) Menubuh dan mengerak serta mengunaka Platform-Platform Pertubuhan NGOs 
(iv) Mengerakkan berpuluh-puloh ribu penyertaan manusia/rakyat didalam himpunan tersebut dengan bergerak dijalanraya ('massive street rallies involving ,sometimes, 100 thousand demonstrators") dan/atau menguasai suatu tempat strategik (Sit-ins and general strikes) 
(v) mengerakkan tenaga-tenaga manusia 'professionals' (Lawyer dll) untuk mempertikai kaedah-kaedah suatu keputusan Kerajaan dibuat, kaedah-kaedah pilihanraya dijalankan, menyebarkan luaskan amalan rasuah dan kroni dikalangan pemerentah , pemalsuan piliharaya sebelum ianya dijalankan 
(vi) Menguasai MEDIA-MEDIA laternatif bagi 'mengemparkan lagi ("amplifying") tuduhan salah guna kuasa, kronism, rasuah, pemalsuan dll.

Dengan duit, segalanya mungkin !!! US$100 million telah dibelanjakan dalam tempoh masa 1991-2000 oleh George Soros bagi menumbangkan Kerajaan YUGOSLAVIA . US$ 42 million dibelanjakan untuk menjatuhkan Kerajaan Georgia dalam tahun 2003.

Lihat HIMPUNAN BERSIH !!!
(i) Ya, 'massive street rallies' melibatkan berpuluh-puluh ribu orang manusia berbaju Kuning.
(ii) Ya, menguasai jalanraya utama dan menguasai tempat2 strategik.
(iii) Ya, terdapat tenaga Professioal terlibat.
(iv) Ya, terdapat malah secara berulang kali menyebarkan tuduhan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan kronism dipihak Kerajaan.
(v) Ya, terdapat Media Maya bagi 'menambahkan lagi kesan impak' kepada tuduhan-tuduhan/dakwaan negatif keatas Kerajaan.
(vi) Ya, terdapat 'pertubuhan-perubuhan NGOs ditubuh, diaktif dan digerakkan.
(vii) Bagaimana dengan sumber dana ($$) ????? Tak kan hanya memerlukan RM100,000.00 bagi menyedikan baju kuning, poster, pengangkutan bagi mengerakkan penyertaan dari seluruh Negara........... terlalu banyak bagi seorang warganegara BERSIH untuk mengeluarkan jika tidak dari sumber -sumber ........... osssss !!!

'HIMPUNAN BERSIH' sudah cukup untuk menimbulkan satu 'KETERANGAN' YANG CUKUP untuk 'melahirkan' suatu Kesimpulan bahawa 'Penganjur BERSIH' mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Penganjur HIMPUNAN2 'Velvet' , 'Rose' , 'Orange' dan juga 'Tulip'
Sanggupkah kita gadaikan masa depan anak-anak kita kelak? Fikirkan...

Thursday, 10 May 2012

Demonstrasi BERSIH Memang Bertujuan Menghancurkan Keamanan Negara

Ura-ura penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 mahu mengadakan satu lagi demonstrasi sama yang dinamakan BERSIH 4.0 menonjolkan hasrat sebenar mereka yang mahu merampas kuasa melalui kuasa jalanan sekaligus menafikan hak majoriti senyap yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman hilang entah ke mana, yang sebenarnya wujud ialah demonstrasi jalanan hingga mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan nyawa rakyat. Sekarang masih pula berani berangan untuk sekali lagi membahayakan nyawa khalayak dan menggadaikan kedamaian negara.

Alasan konon tuntutan mereka tidak diendah oleh SPR sebagai punca perancangan BERSIH 4.0 mahu diadakan juga bukanlah satu penyataan yang kukuh kerana umum sudah sedia maklum SPR malah kerajaan sendiri telah memberi ruang secukupnya termasuklah memberi pertimbangan untuk perlaksanaan 7 dari 8 tuntutan mereka.

Lebih dari itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang telah mengusulkan 22 saranan untuk dikaji oleh SPR bagi tujuan penambahbaikan proses pilihanraya. Di mana logik dakwaan kononnya kerajaan tidak melayan atau sengaja mengabaikan tuntutan mereka?

Walhal sepatutnya dari segi perundangan, pihak kerajaan dan SPR berhak untuk mengtongsampahkan saja tuntutan mereka disebabkan NGO BERSIH itu sendiri bergerak atas platform yang tidak berdaftar.

Bergerak secara haram itu satu hal, NGO-NGO yang menganggotai BERSIH pula sebahagian besarnya hanya sekadar nama atas kertas dengan keahlian beberapa orang sahaja. Buktinya, 60 dari 81 NGO tersebut langsung tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Adakah layak seorang yang tidak memiliki lesen memandu yang sah mahu menunjuk ajar orang lain yang bertahun-tahun berpengalaman sebagai pemandu berlesen? Samalah dengan BERSIH, bergerak secara haram kemudian mahu tunjuk lagak seolah-olah hebat hingga mahu mengajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Sudahlah begitu, bila kerajaan berlembut dan memberi ruang kepada mereka bersuara, lagaknya hingga naik atas kepala. Baik Ambiga, A.Samad Said mahupun penyokong mereka yang terdiri dari anggota pembangkang terlampau gemar bertindak melampau batas sebagaimana terbukti semasa demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April lepas.

Sejak dari awal lagi kerajaan telah menetapkan tiada perhimpunan dibenarkan di Dataran Merdeka kerana ianya hanya untuk kegunaan acara rasmi peringkat nasional sahaja, namun BERSIH 3.0 sebagai NGO yang bergerak secara haram tetap berdegil mahu menunjukkan kekuatan mereka hingga melanggar perintah mahkamah.

Adakah selepas selesainya demonstrasi BERSIH 3.0 ianya memberi kepuasan dan keadilan kepada semua pihak? Tentu saja tidak. Yang ada ialah kesan keganasan yang berlaku dan propaganda pembangkang yang memperbesarkan angka dan nombor konon kehadiran peserta mencecah 300,000 orang walau sebenarnya 15,000 pun tak lepas.

Gara-gara keganasan peserta BERSIH 3.0 berbelas anggota keselamatan cedera, para peniaga kerugian, harta benda awam rosak dan DBKL pula terpaksa menanggung kos tambahan untuk operasi pembersihan sampah sarap yang bersepah selepas demonstrasi tersebut.

Sebenarnya, apa sahaja gerak tari NGO BERSIH hanyalah mengikut skrip pembangkang yang mahukan demonstrasi tersebut dijadikan tanda aras kononnya menyamai kebangkitan rakyat di Timur Tengah dan Afrika. Ya, itulah hakikat sebenar - menghasut rakyat mengikut jejak langkah bantahan jalanan seperti di negara Arab.

Wednesday, 9 May 2012

Kasih Insan Bernama Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa

Komen