TukPaduko

Saturday, 31 March 2012

Nallakarupan tekad berdepan Anwar di mahkamah



Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.
Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.



Posted by Tuk Paduko at 00:28
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Komen

TERKINI

widget @ surfing-waves.com

Networkblog

Follow this blog

My Blog List

  • MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
    0x1c8c5b6a
    4 months ago
  • Daeng Selili Politik Perak
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
    6 years ago
  • N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan
    Tunggal Putra Paceklik Gelar All England 25 Tahun, Ini Saran Untuk Jonatan dkk
    6 years ago
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
    6 years ago
  • Ini Pentas Kita Anak Muda!
    Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama
    8 years ago
  • << GhoSt ProTokol >>
    PTPTN Lebih Zalim Dari Binatang, Gaji tinggal RM19 selepas RM2,063.75 dipotong PTPTN
    9 years ago
  • AKU DAN SESUATU
    LOGO KUMPULAN QASIDAH AL-MADAD
    11 years ago
  • Siluman Tok Gajah
    KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.
    11 years ago
  • pejuang bumi merdeka
    Untung Jadi Cinabeng Di Malaysia
    11 years ago
  • Psikik Melayu
    SUKAN : HENRIKH MKHITARYAN RASMI MILIK LIVERPOOL. YNWA!!!
    11 years ago
  • PRU13N9
    RAVI Benarkah anak kamu kena tangkap kes samun ??
    12 years ago
  • Prince Of Pilah

Blog Archive

  • ►  2013 (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2012 (49)
    • ►  October (1)
    • ►  May (15)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (23)
      • Biseksual: Anwar Bacul, Takut Saman Nallakaruppan
      • Pakatan Rakyat Hanya Ilusi, Yang Wujud Hanya DAP
      • PEMBANGKANG BERKOKOK, PONGGONG DISELAPUTI NAJIS
      • Khalid Ibrahim Mengkhianati Rakyat Selangor
      • Hubungan Istimewa Anwar-Rafizi Resahkan Pemimpin PKR
      • Jual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila
      • Skandal KBB-HLFB: Bakal Tamatkan Riwayat Politik A...
      • KBBGate - Kenapa Anwar takut dengan Sapina?
      • Nallakarupan tekad berdepan Anwar di mahkamah
      • Kempen Anti Lynas dapat sponsor dana asing? hehe a...
      • KBBGate buat Anwar tak tido malam
      • Speaker Memihak : Teng atau Khalid yang harus bert...
      • PRU 13: Berobut Kusi Petando PR Nak Bungkuih!
      • PAS Dan Yahudi: Hubungan Dengan Zionis Haram, Neg...
      • Geran Selangor RM300 Juta, apa jawapan Khalid?
      • Tuntutan Rasis dan Mengarut Dong Zhong
      • MEMALUKAN!!! Halau kanak-kanak: Manifestasi Keangk...
      • DAP pertahankan Melayu???
      • kisah cinta politik anuar azizah
      • Kopilah makin meriah??
      • DIET ALA RASULLULLAH SAW
      • Etika Pakaian??
      • Tak Payah Nak Ajar Bahasa Melayu Kat Sekolah Cina

iklan berbayar

iklan berbayar

About Me

My photo
Tuk Paduko
View my complete profile

Apple Biru

Loading...

Belia Bangkit

Loading...
Awesome Inc. theme. Theme images by fpm. Powered by Blogger.